Pertandingan Bola Sepak MAKSAR 2011

Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : 23-24 April 2011
Masa : 8.00 pagi- 2.00 ptg
Lokasi : Padang SMK Abdul Qadir,Kepala Batas dan SMK Pokok Sena,Pulau pinang
Anjuran : Majlis Sukan Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang (MAKSAR)

Alhamdulillah,program KOKO MANHAL HPA bagi tahun 2011 diteruskan lagi dengan penyertaan sulung pasukan MANHAL FC dalam pertandingan bola sepak peringkat negeri Pulau Pinang.Untuk makluman pembaca,tahun ini adalah tahun pertama sekolah menyertai acara sukan bersama-sama dengan seluruh sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.Semoga penyertaan ini dapat memeriahkan lagi segala acara yang dipertandingkan.

Pada hari pertama pertandingan,kesemua guru pengiring dan Team Manhal Fc bergerak dari Simpang Ampat ke SMK Abdul Qadir,Kepala Batas seawal jam 7.30 pagi.Semua sekolah agama telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan Manhal Fc telah diundi dalam kumpulan B bersama dengan Sekolah Agama Imam Nawawi dan Maktab Wan Jah.Dengan dua kemenangan,Manhal Fc layak untuk ke peringkat suku akhir.perlawanan pada hari pertama tamat pada jam 1.00 ptg.

Manhal Fc VS Imam Nawawi : 1-0
Manhal Fc VS Wan Jah : 1-0

Pertandingan pada hari kedua diadakan di padang SMK Pokok Sena.berikut adalah pertandingan yang berlangsung pada hari tersebut :-

Suku Akhir 
Manhal Fc VS Ahmadiah : 1-0

Separuh Akhir
Manhal Fc VS DMW : 0-1 (kalah)

Penentuan tempat ke-3 dan ke-4 
Manhal Fc VS MKI : 0-1 (kalah)

Manhal Fc berada di tempat ke-4 dari keseluruhan pasukan bertanding.Tahniah kepada seluruh Team Manhal Fc kerana telah berjaya memberikan tentangan yang hebat walaupun baru kali pertama bertanding di dalam acara ini.Diharapkan pasukan kita akan dapat memenangi pertandingan ini pada tahun hadapan insyaallah.

Kokurikulum MANHAL April 2011

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Apil 2011
Waktu : 7.30 pagi - 12.30 Tgh.hari /5.00 ptg - 7.00 malam
Lokasi : Simpang Ampat,Pulau Pinang
Program : Perlawanan bola sepak 11 sebelah
Anjuran : Unit KOKO & Pentadbiran MANHAL


Alhamdulillah,dalam tempoh cuti baru-baru ini telah diadakan satu perlawanan bola sepak di kalangan warga MANHAL .Perlawanan ini telah dianjurkan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan guru.Perlawanan ini menyaksikan 8 pasukan yang terdiri dari Team Tahfiz,Team Syariah/Usul,Team Qiraat,Team Pelajar Luar Negara,Team Guru,Team MANHAL  P.Pinang dan Team MANHAL  Sungai Petani,kesemua pasukan telah berentap di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Ampat,Pulau Pinang.

Keputusan perlawanan bagi perlawanan ini adalah seperti berikut :-

Juara : Team Syariah/Usul
N.Juara : Team pelajar luar negara
ketiga : Team Guru

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perlawanan pada kali ini,Mudah-mudahan program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.


Hari : Selasa
Tarikh : 17 April 2011
Waktu :9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi :Dewan JKKK Ar-razi,Junjung,P.Pinang

Program : Perlawanan Sepak Takraw
Anjuran : Majlis Sukan Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang (MAKSAR)


MANHAL  telah menghantar dua buah pasukan untuk mewakili sekolah.Untuk pengetahuan pembaca,ini adalah kali pertama MANHAL HPA menghantar pasukan sepak takraw untuk bertanding di peringkat sekolah agama rakyat seluruh Pulau Pinang.Team yang pertama terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan 1 dan team kedua terdiri daripada pelajar tingkatan 4.Alhamdulillah,pasukan kita dapat bermain dengan baik sekalipun kalah di peringkat pertama perlawanan.Insyaallah untuk tahun hadapan pasukan ini akan kembali bertanding dan mudah-mudahan dapat memberi saingan sengit.

Perkembangan Terkini MANHAL Mac & April 2011

Assalamualaikum W.B.T kepada semua yang mengikuti perkembangan di blog MANHAL  samada ibu bapa atau pelawat.Pihak admin memohon jutaan kemaafan kepada semua folowwer kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini,Alhamdulillah,kami diberi kesempatan untuk membuat beberapa perubahan di dalam blog ini,semoga dapat memberikan input yang berguna kepada semua yang membaca..

4 April 2011

MANHAL HPA telah menyambut kehadiran rombongan dari Darul Fikri,Indonesia seramai 10 orang.Tujuan utama kehadiran rombongan tersebut adalah untuk bertukar pandangan tentang pengajian agama antara dua sekolah.Rombongan ini telah tiba ke Malaysia pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia dan telah disambut dengan wakil MANHAL  di Lapangan Terbang Bayan Lepas.Rombongan dibawa ke MANHAL  Simpang Ampat,seterusnya dibawa ke MANHAL  Sungai Petani.



23 Mac 2011

Seorang pelajar Qiraat tahun dua Kalamal A'la Bin Anas Chan  telah meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan motor yang dipandu beliau dengan sebuah lori treller.Kejadian berlaku kira-kira jam 4.oo petang.Beliau telah dikejarkan ke hospital Sungai Bakap dan meninggal di sana.Jenazah disembahyangkan di Hospital Sungai Bakap dan dihadiri oleh tenaga pengajar dan pelajar MANHAL ,turut hadir bersama Tuan Haji Ismail Bin Ahmad dan Ustaz Samad.Jenazah beliau kemudiannya dibawa ke rumah beliau di Kemensah,Selangor.Moga rohnya dicucuri rahmat.

( Peringatan : Kebelakangan ini kerap berlaku kemalangan membabitkan pelajar MANHAL HPA.Diharapkan para pelajar lebih berhati-hati di masa akan datang )

10 &11 Mac 2011

Muhadhoroh Huffaz telah diadakan untuk memberi dorongan dan semangat kepada pelajar dalam menghafaz Al-quran.Sebagaimana yang kita ketahui,semangat dan kekuatan diri setiap manusia ada pasang surutnya,maka program seumpama ini disusun untuk memberikan semangat kepada semua pelajar supaya mereka sentiasa dahagakan ilmu Allah.program sebegini telahpun disusun sepanjang tahun.Pengisian di dalam program ini bermula seawal subuh pagi,dimulai dengan ma'thurat dan dhuha,seterusnya ceramah motivasi oleh guru-guru tahfiz dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sehingga selesai program pada waktu petang.Pagi Jumaat 11 Mac 2011,pelajar-pelajar dan guru tahfiz telah Qiyamullail bersama-sama di dewan besar MANHAL  sterusnya program diteruskan dengan LDK bersama guru-guru tahfiz.