PENGENALAN




Maahad Al-Ihsaniah (MANHAL) merupakan sebuah institut pengajian yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dan pada 1 September 2012 Manhal secara rasminya terus bergerak dan diuruskan sendiri oleh Al Fadzil Ust Jamal.

MANHAL mempunyai dua peringkat pengajian iaitu peringkat Menengah Tahfiz dan STAQ (Sijil Tajwid Dan Qiraat).

MANHAL menawarkan 3 program sijil iaitu Sijil Tahfiz Al-Quran, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Di peringkat STAQ pula MANHAL menawarkan 3 program iaitu Pengajian Syariah Islamiah, Pengajian Usuluddin dan Pengajian Takhassus Qiraat yang mendapat pengiktirafan daripada beberapa institusi pengajian tinggi. Lepasan  MANHAL berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam dan luar negara di antaranya Maahad Shoubra di Mesir, KUIS di Selangor, KUIN di Kedah, beberapa IAIN di Indonesia dan juga beberapa universiti di Timur Tengah. 



Maahad Al-Ihsaniah Lil Tahfiz Wal Qiraat dikendalikan sepenuhnya oleh Maahad Al-Ihsaniah, (MANHAL) Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang.

Penubuhan Maahad Al-Ihsaniah Lil Tahfiz Wal Qiraat ini tercetus hasil kesedaran terhadap peri pentingnya usaha penyuburan pemikiran dan intelektualisme demi mengembalikan kegemilangan tamadun dan peradaban Islam. Ia ditubuhkan sebagai perintis program pendidikan Islam khususnya dalam pengajian hafazan Al-Quran untuk mengisi era kebangkitan baru Islam yang lebih komprehensif sebagai wadah untuk melahirkan insan yang berilmu, bertaqwa,berketrampilam dan berkepimpinan.

MANHAL bercita-cita tinggi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang agama dan akademik serta mampu mempunyai sakhsiah terpuji. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).