KEM TAHFIZ MANHAL

Pengumuman

KEM TAHFIZ MANHAL
  (CUTI SEKOLAH 2012
 Dari 6hb Dec Hingga 16hb Dec 2012
*TERBUKA KEPADA PELAJAR RENDAH / MENENGAH*

                           1 - Slot bersama Us Jamaluddin Ali dan Al Hafiz Al Ustaz Umar Abd Aziz 
                                (Pengasas Manhal & Pengarah Program)
                           2 - Ceramah 

                           3 - Pengukuhan Solat
                           4 - Arabic Talk
                           5 - Qiamullail
                           6 - Sukaneka & Truesure Hunt
                           7 - Public Speaking
                           8 - Riadah
                           9 - Tayangan Video 

                         10 - Latihan Dalam Kumpulan dll

Daftar segera atau hubungi sebelum 30 November 2012
HUBUNGI:
Al Fadzil Al Hafiz Ustaz Umar Abd Aziz 019-3004166

PENDAFTARAN 2013 DIBUKA


MANHAL menawarkan pengajian di peringkat Menengah Tahfiz dan Sijil Aliyyah .

1.MENENGAH RENDAH TAHFIZ ( TINGKATAN SATU HINGGA TIGA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS 3 A PEPERIKSAAN UPSR / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 3 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE TINGKATAN EMPAT ATAU TERUS MELANJUTKAN KE THANAWI SATU MAAHAD BUUTH AL-AZHAR MESIR

2.MENENGAH ATAS TAHFIZ DAN SPM ( TINGKATAN EMPAT HINGGA LIMA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS PMR DAN CEMERLANG SUBJEK ASASI TAHFIZ / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 5 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE PERINGKAT STAQ ATAU STAM DAN JUGA DIBERI PILIHAN MELANJUTKAN KE PERINGKAT MATRIKULASI AL-AZHAR MESIR.

3.PENGAJIAN STAM ( SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS SPM DAN CEMERLANG SUBJEK BAHASA ARAB DAN ASASI / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN ASAS BAHASA ARAB / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN PERINGKAT STAM DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE UNIVERSITI DALAM NEGERI ATAU  DIBERI PILIHAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH AL-AZHAR MESIR.

PENGAJIAN STAQ TM  (SIJIL TAJWID ALIYYAH DAN QIRAAT)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS SPM ATAU STAM, CEMERLANG SUBJEK BAHASA ARAB DAN ASASI ATAU SIJIL TAHFIZ YANG DIPERAKUI / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN ASAS BAHASA ARAB / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN PERINGKAT STAQ DIBERI KEUTAMAAN UNTUK TERUS KE MAAHAD AL QIRAAT AL-AZHAR MESIR.

MAKLUMAT PENTING PENGKHUSUSAN QIRAAT

Adalah dimaklumkan kepada seluruh pelajar Qiraat kelas akan bermula pada 24 SEPTEMBER 2012.
Sila lapor diri dan menjelaskan yuran di Pejabat Manhal pada hari yang sama.

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi bahagian Akademik Manhal.

Surat Pekeliling Manhal :



                      MAAHAD AL-IHSANIAH
NO.25, JALAN KERUING,

KAWASAN PERNIAGAAN SIMPANG AMPAT
14100 SIMPANG AMPAT S.P.S, PULAU PINANG.
No.Tel: 604-5871 476  No.Faks: 604-5888 476





No. Rujukan
: STAQ 1/SEM 2 BIL 1
Tarikh

: 25 September 2012















السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada:

Semua Pelajar/Waris
MANHAL

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGAJIAN TAKHASUS QIRAAT TAHUN 2 SEMESTER 1

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan, bahawa kelas Pengajian Takhasus Qiraat Tahun 2 Semester 1 akan bermula pada 24 hb September 2012.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta lapor diri di bahagian Pentadbiran pada hari yang sama serta menjelaskan yuran pengajian semester.

4.         Untuk pengetahuan pelajar/waris mulai semester ini juga nama Pengajian Diploma Takhasus Qiraat juga diganti kepada STAQTM (SIJIL TAJWID ALIYYAH DAN QIRAAT) memandangkan pihak MANHAL telah memperbaharui memorandum pengiktirafan sijil dengan Maahad Qiraat Al Azhar di Mesir bermula Ogos 2012 yang lepas. Namun setiap sukatan pelajaran dan pengajian masih menggunakan skima yang sama. Untuk maklumat lanjut sila hubungi bahagian pentadbiran.
Sekian, terima kasih.

" BERILMU, BERWAWASAN & BERBAKTI "

Saya yang menurut perintah,


( UST. JAMALUDDIN BIN ALI)
PENGARAH  MANHAL

s.k        FAIL  MANHAL
 


Sambutan Maulidur Rasul 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012 Di Dewan Manhal Pulau Pinang telah diadakan pada 10 hb Februari 2012. Majlis diserikan lagi oleh sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Noor Hayati Abdullah. Semoga kehidupan kita bertambah keberkatanNya dengan mengikuti jejak sunnah nabi junjungan kita. Alhamdulilah Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah diikuti acara perarakan dari aras 3 Manhal ke Dewan Manha Hpa.

Makluman Dan Persediaan Pelajar 2012

Pihak Manhal  mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar lama dan baru.

Minggu Silaturrahim Manhal  akan bermula pada 26 hb Disember 2011 hingga 3 hb Januaru 2012.
Program penuh ini dipimpin oleh Ust Redwan Yahya dan dibantu semua guru. Semoga majlis ini dapat 
memupuk ukhwah dikalangan pelajar dan guru serta meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi 
sesi 2012. Selamat Belajar.





PERKEMBANGAN MANHAL

Dari Ramadhan Hingga Kini

September 2011 - Majlis Jamuan Aidilfitri Manhal Hpa Di Dewan Manhal 


Sebahagian Staf Manhal Sedang Menjamu Selera


Program di Dewan 


Pelajar - Pelajar Kolej & Menengah 



Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun sederhana dan pihak Manhal juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pelajar yang menyumbang kuih raya kali ini. Majlis juga diserikan lagi dengan Ucapan Mudir  serta persembahan dari para pelajar.

Oktober 2011 -  Minggu Persediaan Teknik Jawab Peperikasaan SPM 2011






Seramai 28 calon dari Manhal  yang telah menduduki Peperiksaan SPM tahun ini
Peperiksaan yang bermula 14 November Hingga 13 Disember 2011
Gambar di atas adalah sebahagian Program Taklimat SPM 2011 yang diadakan pada bulan oktober yang lepas. Pihak Manhal Hpa mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya semoga semua calon mendapat keputusan yang cemerlang.
 Dalam masa yang sama pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 juga menghadapi
peperiksaan akhir tahun
Dan juga Manhal Hpa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menjayakan taklimat ini hingga saat akhir mereka menduduki peperiksaan.

November 2011 - Pendaftaraan Dan Pengambilan Pelajar Baru Sesi 201

Pada awal November 2011 Manhal  juga telah membuka pendaftaran kepada semua calon pelajar baru dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Ujian kelayakan dan temuduga berjaya diadakan pada 10 disember 2011 dan InsyaAllah pada 30 Disember nanti akan diadakan sesi kedua ujian dan temuduga tersebut.

Cuti Awal Ramadhan 2011M/1432H

Adalah dimaklumkan bahawa pengajian di MANHAL  akan bercuti sempena Awal Ramadhan bermula dari hari Sabtu 30/07/2011 hingga Isnin 01/08/2011

Pihak MANHAL mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam...

Perkembangan Terkini MANHAL P.Pinang

Dalam fatrah bulan Jun dan Julai ini,pelajar-pelajar MANHAL khususnya pelajar diploma sedang menjalani imtihan iaitu imtihan Fasl Dirasi Al-awwal bagi diploma Syariah dan Usuluddin manakala imtihan Fasl Dirasi As-sani bagi pelajar diploma Takhassus Qiraat.

Pada minggu ini juga berlangsung Lisan STAM bermula dari hari isnin hingga Khamis (11 Julai -14 Julai 2011).MANHAL  berharap para pelajar dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap imtihan yang akan berlangsung ini.

Pada Bulan Jun 2011 yang telah berlalu,pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan SPM juga telah menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ,Ujian Lisan Bahasa Arab serta Ujian Lisan AL-quran dan Al-Sunnah.

Ala Kulli hal,diharapkan para pelajar diploma selamat menempuh imtihan kali ini begitu juga diharapkan agar calon-calon peperiksaan SPM dan STAM bersedia bagi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.......~





Salam sejahtera buat pembaca budiman,
Ramadhan Al Mubarak (yang diberkati) semakin menghampiri kita, hampir saja kita terleka akan tuntutan puasa yang terkandung di dalamnya, mujur saja kita diingatkan dengan hadirnya bulan Sya’aban itupun segelintir kita sahaja. Moga kita sentiasa beringat.
Amat berbeza sekali antara kita dan junjungan Nabi tercinta kita dalam soal ini, kedatangan Ramadhan Al Mubarak amat dirasai baginda saat menjelmanya Rejab, antara doa yang meniti di bibir baginda ketika memasuki Rejab;
Ya, Allah! Curahkan keberkatan ke atas kami di bulan Rejab dan Sya’aban dan berilah kesempatan kepada kami untuk bertemu Ramadhan.
Tentunya yang terlintas dibenak fikiran baginda adalah keistimewaan bulan tersebut, kelainannya dari bulan-bulan Allah yang lain, sejarah agung penurunan Al-quran dan bermacam-macam lagi yang semua itu sudah tentu berada di dalam pengetahuanNya…Persoalannya, Adakah kedatangan Ramadhan dirasai kita umpama apa yang dirasai baginda? Apa kepentingan baginda terhadap Ramadhan? Dan apa pula kepentingan Ramadhan untuk kita?
Barangkali jawapan kita terhadap soalan pertama, adalah bahawa tiada apa-apa nilai buat baginda terhadap Ramadhan dan syariat yang terkandung di dalamnya, oleh kerana Nabi Muhammad S.A.W seorang nabi yang ma’sum tiada terlibat dan terjebak dengan mana-mana dosapun hatta yang paling kecil. Barangkali inilah jawapan yang ada pada kita.
Kalau kita lihat lebih jauh lagi kita juga mendapati bahawa kelakuan nabi di dalam bulan mulia ini juga berbeza dari bulan lain, nabi manusia yang paling banyak melakukan apa jenis ibadah dan kebaikan lebih dari apa yang di buat pada bulan-bulan lain. Kenapa nabi buat begitu, bukankah sudah cukup bagi baginda dengan gelaran Ma’sum?
Saudara pembaca yang beriman,
Inilah sikap baginda terhadap Allah Tuhan yang berhak disembah bukan kerana baginda Ma’sum, tetapi kerana Allah tuhan yang berhak disembah oleh sesiapapun dari kalangan makhluqNya dan dimanapun mereka berada dan pada bila-bila masapun baik yang mempunyai darjat disisNya apatah lagi manusia biasa umpama kita yang mungkin lebih tinggi darjatnya dari makhluq lain tetapi amat terkebawah kedudukan di sisi Allah. Inilah Maqam Ubudiyyah yang sebenar yang ditunjukan Nabi kita tercinta ketika menghadpi salah satu rukun agama yang lima iaitu puasa bulan Ramadhan. Begitulah juga dengan hukum-hakam Allah yang lain yang perlu diusahakan dengan lebih gigih dan tekun oleh kita dengan dimulai pada bulan Ramadhan dan berterusan kepada bulan-bulan yang lain.
Perbuatan nabi itu adalah contoh teladan yang baik bahkan merupakan panduan yang berguna dan amat berkesan untuk kita kearah menjadikan diri kita “insan kamil fi ubudiyyati lillah” iaitu manusia yang sempurna pengabdiannya terhadap Allah. Bukan sekadar pengabdian kita dengan ibadah tertentu bahkan kesemua syariat Allah yang telah diputuskan Allah di dalam Al quran secara qat’ei dan bersifat abadi.
Kearah insan kamil fil ‘ubudiyyah lillah
Kalau kita lihat sikap nabi yang ditunjukan kepada kita dapatlah kita mengambil isyarat pantas bahawa sebagai seorang hamba tidak akan sempurna perhambaanya terhadap khaliqnya dengan hanya berpeluk tubuh, diam seribu bahasa dan menunggu saat perubahan ke arah kesempurnaan tersebut tanpa kita melakukan anjakan paradigma mengatur agenda bertindak mencapai maslahat duniawi dan ukhrawi. Mengatur agenda, bertindak (beramal) adalah merupakan sunnatullah yang diwajibkan ke atas kita melalui qanun sababiyyah (undang-undang mengambil sebab untuk memperoleh sesuatu) yang disebut Allah melalui banyak ayat-ayatNya; antaranya firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga merekalah yang pantas melakukan perubahan tersebut..” (Al Ra’du;11)
Jesteru, kita tidak menunggu Allah, Allah lah yang menunggu usaha kita untuk mengubah nasib dan keadaan kita, firman Allah;
“ Sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki amalan orang-orang yang melakukan kerosakan..” (Surah Yunus ;81)
Kata Syekh Mohd Al Ghazali: kita mestilah merujuk kembali kepada amalan kita yang serba kekurangan dengan menghayati mafhum ayat ini. Bukanlah Allah yang akan menyempurnakan dan memperbaiki amalan kita melainkan dengan usaha dan pengorbanan kita sendiri.
Marilah kita menjadikan Ramadhan yang bakal tiba sebagai permulaan mencari kesempurnaan ubudiyyah lillah.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat disambut dengan semangat amal islami menuju syurga ilahi, dengan ucapan ikhlas menyambut kedatangan itu;
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!


p/s : Kalau di negara arab,mereka di sana sering menyebut "Ramadhan Karim" dan disambut oleh orang yang mendengarnya dengan jawapan "Allahu Akram"

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011



Sambutan Hari Pendidik Al-Ihsaniah 2011

Hari : Isnin 
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi- 2.00 ptg
Lokasi : Dewan Besar MANHAL
Anjuran : MANHAL

Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih dikurniakan akal dan badan yang sihat,sehingga kita mampu untuk menjalankan ibadah kepadanya serta mampu melakukan amal seharian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Khatamun nabiyyin,yang menyinari alam dengan kehadirannya.


Pada tarikh yang tertera di atas,MANHAL  telah menganjurkan satu program Sambutan Hari Pendidik Al-ihsaniah  2011.Program ini telah dihadiri seluruh warga MANHAL  Pulau Pinang.Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Ridzuan Bin Yahya. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada para guru dan pelajar-pelajar seterusnya diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Johan Qari peringkat negeri Pulau Pinang Ustaz Mawardi Bin Jamaluddin,beliau merupakan pelajar Takhassus Qiraat tahun dua di MANHAL HPA.Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Ustaz Jamaluddin Bin Ali dengan sedikit pesanan dan taujihat kepada semua guru dan pelajar.Usai sahaja perasmian selesai,hadirin kemudiannya disajikan dengan video khas buat para pendidik MANHAL HPA.


Pada hari tersebut,MANHAL  telah menyampaikan beberapa anugerah kepada para guru dan pelajar.Berikut adalah anugerah yang telah diberikan :-


anugerah guru :-


guru paling kreatif : ustaz ridzuan Bin Yahya
guru paling anggun : cikgu afifah BIn Rodzi
guru paling hensem : ustaz dinie firdaus Bin Sharipuzan
guru paling sporting : ustaz marzuqi Bin Yaakop
guru paling tegas : ustaz khairuddin Bin Mokhtar
guru paling ceria : cikgu siti tasnim Bin Lokman @ Lokma


anugerah guru cemerlang 2011 : ustaz ridzuan bin yahya & cikgu salmah binti ismail



1.Anugerah pelajar cemerlang (akademik ) : Tingkatan 1-5

Khadijah Thahirah
abdul rahman
farhana rahaizan
abdullah


2.Anugerah pelajar cemerlang (hafazan) :Tingkatan 1-5

hazim
balqis
nurhusna
abdur rahman
idris
farhana rahaizan
nuraini


3.Anugerah keceriaan kelas : kelas tingkatan 4


Majlis kemudiannya diserikankan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar menengah tahfiz dan ucapan dari pelajar menengah tahfiz dan pelajar diploma.Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari dan diikuti acara seterusnya iaitu permainan dam dan gusti lengan antara guru dan pelajar lelaki manakala permainan kerusi muzik dan puteri berhias bagi guru dan pelajar perempuan.


Setelah tamat permainan,para guru dan pelajar bersama-sama makan tengahari dan solat zohor bersama-sama seterusnya diikuti dengan tazkirah daripada Ustaz Ridzuan Bin Yahya.Berakhirnya Tazkirah tersebut,maka berakhirlah juga program Sambutan Hari Pendidik Al-ihsaniah 2011 ini.