MENENGAH TAHFIZ



Sila Download Borang di sini 

# Setiap borang yang diserahkan wajib membayar sebanyak RM 10.00 untuk bayaran pemprosesan

1.MENENGAH RENDAH TAHFIZ ( TINGKATAN SATU HINGGA TIGA)

SYARAT KELAYAKAN :


LULUS 3 A PEPERIKSAAN UPSR / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 3 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE TINGKATAN EMPAT ATAU TERUS MELANJUTKAN KE THANAWI SATU MAAHAD BUUTH AL-AZHAR MESIR



2.MENENGAH ATAS TAHFIZ DAN SPM ( TINGKATAN EMPAT HINGGA LIMA)


SYARAT KELAYAKAN :


LULUS PMR DAN CEMERLANG SUBJEK ASASI TAHFIZ / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 5 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE PERINGKAT STAQ ATAU STAM DAN JUGA DIBERI PILIHAN MELANJUTKAN KE PERINGKAT MATRIKULASI AL-AZHAR MESIR.






3 kurikulum pengajian berdasarkan kemampuan pelajar :-
 

1.Tahfiz Al-Quran sepenuh masa

Penumpuan 100% hafazan Al-Quran.Objektif utama peringkat pengajian ini adalah tamat hafazan dalam tempoh 3 tahun sahaja.Pelajar dicadangkan mengambil  Syahadah Al-Quran setelah tamat hafazan kemudian ke peringkat pengajian SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Takhassus Qiraat .



2.Tahfiz + Pengajian Akademik

Penumpuan 60% Al-Quran dan 40% Akademik.Objektif utama peringkat ini adalah tamat hafazan  dalam tempoh 5 tahun di samping penerapan kurikulum akademik di dalam pengajian pelajar. Di akhir pengajian,pelajar telah tamat hafazan dan telah mengambil peperiksaan SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Takhassus Qiraat.

3.Tahfiz + Pengajian SPM/STAM
Terbuka kepada pelajar yang berumur 15 tahun ke atas,sedang menghafaz Al-Quran atau telah menamatkan hafazan di pusat pengajian terdahulu.Objektif utama peringkat ini adalah memberikan peluang pengajian akademik ke arah peperiksaan SPM & STAM kepada para pelajar yang tidak berpeluang mendalami pengajian akademik di pusat pengajian terdahulu..