Sambutan Hari Pendidik Al-Ihsaniah 2011

Hari : Isnin 
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi- 2.00 ptg
Lokasi : Dewan Besar MANHAL
Anjuran : MANHAL

Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih dikurniakan akal dan badan yang sihat,sehingga kita mampu untuk menjalankan ibadah kepadanya serta mampu melakukan amal seharian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Khatamun nabiyyin,yang menyinari alam dengan kehadirannya.


Pada tarikh yang tertera di atas,MANHAL  telah menganjurkan satu program Sambutan Hari Pendidik Al-ihsaniah  2011.Program ini telah dihadiri seluruh warga MANHAL  Pulau Pinang.Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Ridzuan Bin Yahya. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada para guru dan pelajar-pelajar seterusnya diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Johan Qari peringkat negeri Pulau Pinang Ustaz Mawardi Bin Jamaluddin,beliau merupakan pelajar Takhassus Qiraat tahun dua di MANHAL HPA.Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Ustaz Jamaluddin Bin Ali dengan sedikit pesanan dan taujihat kepada semua guru dan pelajar.Usai sahaja perasmian selesai,hadirin kemudiannya disajikan dengan video khas buat para pendidik MANHAL HPA.


Pada hari tersebut,MANHAL  telah menyampaikan beberapa anugerah kepada para guru dan pelajar.Berikut adalah anugerah yang telah diberikan :-


anugerah guru :-


guru paling kreatif : ustaz ridzuan Bin Yahya
guru paling anggun : cikgu afifah BIn Rodzi
guru paling hensem : ustaz dinie firdaus Bin Sharipuzan
guru paling sporting : ustaz marzuqi Bin Yaakop
guru paling tegas : ustaz khairuddin Bin Mokhtar
guru paling ceria : cikgu siti tasnim Bin Lokman @ Lokma


anugerah guru cemerlang 2011 : ustaz ridzuan bin yahya & cikgu salmah binti ismail



1.Anugerah pelajar cemerlang (akademik ) : Tingkatan 1-5

Khadijah Thahirah
abdul rahman
farhana rahaizan
abdullah


2.Anugerah pelajar cemerlang (hafazan) :Tingkatan 1-5

hazim
balqis
nurhusna
abdur rahman
idris
farhana rahaizan
nuraini


3.Anugerah keceriaan kelas : kelas tingkatan 4


Majlis kemudiannya diserikankan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar menengah tahfiz dan ucapan dari pelajar menengah tahfiz dan pelajar diploma.Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari dan diikuti acara seterusnya iaitu permainan dam dan gusti lengan antara guru dan pelajar lelaki manakala permainan kerusi muzik dan puteri berhias bagi guru dan pelajar perempuan.


Setelah tamat permainan,para guru dan pelajar bersama-sama makan tengahari dan solat zohor bersama-sama seterusnya diikuti dengan tazkirah daripada Ustaz Ridzuan Bin Yahya.Berakhirnya Tazkirah tersebut,maka berakhirlah juga program Sambutan Hari Pendidik Al-ihsaniah 2011 ini.