Makluman Peperiksaan Akhir Tahun dan cuti Akhir Tahun

Makluman kepada ibu-bapa pelajar 
MANHAL HPA Simpang Ampat,Pulau Pinang

Peperiksaan akhir tahun bagi pengajian i'dadi dan tingkatan 4 akan bermula pada 
1HB November 2010 hingga 11HB November 2010

Cuti Hujung Tahun akan bermula pada
13 HB November 2010 hingga 19 HB Disember 2010

Para pelajar wajib hadir ke asrama sebelum jam 6.00 petang

Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh

MANHAL HPA Simpang Ampat - Pada 19.10.2010 jam 9.00 malam bertempat di dewan kuliah MANHAL HPA Simpang Ampat P.Pinang telah diadakan Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh.Kuliah ini telahpun dimulakan pada 5.10.2010.Pengajian ini merupakan pengajian mingguan sepanjang semester 2010/2011 dan diwajibkan kepada semua pelajar MANHAL HPA serta terbuka kepada semua staf MANHAL HPA dan penduduk setempat.Pihak MANHAL HPA mengharapkan kehadiran akan semakin bertambah dari masa ke semasa.Mudah-mudahan kita dirahmati Allah S.W.T sepanjang berada di dalam majlis ilmu tersebut. Antara objektif pengajian ini dijalankan adalah untuk menghidupkan kembali pengajian kitab turath di samping membentuk kembali suasana pengajian dalam bentuk talaqqi .

Pengajian Talaqqi ini menggunakan Kitab Ta'lim Al-Muta'allim karangan Syeikh Al-Zarnuji (Klik Untuk Download Kitab) dan kitab Matan Ummul Barahin karangan Syeikh Muhammad Bin Yusuf Al-Sunusi (Klik Untuk Download Kitab) .

Pengajian dimulakan dengan pengenalan mengenai kitab dan Muallif kitab.Pengajian pertama menggunakan kitab Ta'lim Al-Muta'allim membahaskan tentang muqaddimah kitab seterusnya masuk kepada bab mengenal hakikat ilmu,memahaminya dan kelebihannya.Pengajian disambung lagi dengan menggunakan kitab tauhid iaitu Matan Ummul Barahin.Pada pengajian kitab ini, Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh telah member penerangan tentang ilmu tauhid dan pembahagiannya.Pengajian berakhir pada jam 11.00 malam.Pengajian akan bersambung pada minggu hadapan pula.

Sekitar Pengajian Kuliah Takhassus Qiraat Semester 1 Sesi 2010/2011

Sekitar Pengajian Kuliah Takhassus Qiraat Semester 1 Sesi 2010/2011

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)


DImaklumkan bahawa

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

sedang berjalan bermula Isnin 18-10-2010 hingga  Rabu 27-10-2010




* Pihak MANHAL HPA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STAM.

بالتوفيق والنجاح 

Aktiviti MANHAL 2010




Insyaallah kami akan mengemaskini aktiviti terbaru buat tatapan anda yang sudi melayari blog kami.

1.  Pada hari raya ketiga aidilfitri,mahasiswa/wi Qiraat MANHAL  telah selamat berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian ke peringkat Takhassus Qiraat di Maahad Al-Azhar,Syoubra,Mesir.Mahasiswa/wi yang berangkat pada tahun ini boleh dikatakan amat beruntung kerana Dekan Pengajian Takhassus Qiraat iaitu Ustaz Haji Naeem Bin Haji Hashim berangkat bersama-sama mereka ke Bumi Anbiya' Mesir.Alhamdulillah Ustaz Haji Naeem dapat bertemu dengan mahasiswa/wi yang satu masa dahulu menadah kitab di hadapannya.Beliau juga berkesempatan bertemu dengan Pensyarah-pensyarah di Maahad Al-Azhar Syoubra,Mesir dan berbincang serta bertukar pendapat untuk menambah baik serta memantapkan lagi pengajian Qiraat di MANHAL 





2.  Mahasiswa/wi MANHAL yang berangkat ke Indonesia untuk menyambung pengajian mereka dalam peringkat Ijazah di IAIN Sumatera Utara,Medan telah berangkat pergi ke sana pada 22/09/2010.Keberangkatan mereka ke lapangan terbang sana diiringi oleh Pengurus MANHAL Ust Jamaluddin Bin Ali dan Ust Ridzuan manakala Ust Rizki iaitu Bekas mahasiswa MANHAL HPA yang kini menuntut di sana akan mengiringi mereka dan membantu pengurusan sepanjang mereka berada di sana.



3.  Sepanjang Syawal ini,MANHAL tidak putus-putus dipanggil untuk bersama -sama memeriahkan majlis rumah terbuka di kawasan sekitar Pulau Pinang dan Perak.Pihak MANHAL  Simpang Ampat mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk setempat yang tidak jemu-jemu menyokong  MANHAL 




4.  Pada 29/09/2010 satu program Khat anjuran bersama MANHAL dan KEMAS Pulau Pinang telah diadakan.Semua pelajar peringkat menengah tahfiz telah menyertai pertandingan tersebut.Juri pada pertandingan tersebut adalah Ustaz Hasrol Hashim hakim Khat peringkat negeri Pulau Pinang serta Ustaz Ridzuan Guru MANHAL sendiri.Pihak MANHAL berharap para pelajar dapat menimba ilmu di sebalik pertandingan yang disertai ini.


5.  Pada 1/10/2010 pihak Kementerian Pengajian Malaysia telah berjaya melaksanakan ujian kaji selidik STAM 2010 kepada calon-calon STAM yang akan menduduki Peperiksaan STAM pada tahun ini.Pihak MANHAL Simpang Ampat mengucapkan jutaan terima kasih kerana Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih MANHAL dalam melaksanakan ujian kaji selidik ini.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.




6.  Pada waktu pagi 5/10/2010 Pengurus MANHAL telah melawat Pusat Pengajian Tahfiz Al-Munir bertempat di Bukit Pinang,Kepala Batas,Kedah.Tujuan lawatan ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tersebut menyambung pengajian ke peringkat diploma Takhassus Qiraat di MANHAL  seterusnya membuka ruang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Maahad Al-Azhar, Mesir.Kedatangan Ustaz Jamaluddin telah disambut mesra oleh Ustaz Said Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Munir,perbincangan secara ringkas telah diadakan seterusnya Ustaz Said membawa Ustaz Jamaluddin melihat kawasan sekitar pusat pengajian.Insyaallah pihak MANHAL akan membuat lawatan susulan untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kerjasama tersebut.Pihak MANHAL sentiasa berusaha mewujudkan ruang pengajian kepada semua pelajar tanpa ada sikap terlalu ketat dalam pengambilan pelajar,apa yang penting pelajar-pelajar itu sendiri mahu belajar bersungguh-sungguh.



7.   Pada waktu malam 5/10/2010 pihak MANHAL Simpang Ampat P.Pinang telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 bertempat di dewan besar MANHAL ang telah dihadiri seramai 90 orang.Seawal jam 8.00 malam para guru&staf,para pelajar,ibu bapa pelajar serta penduduk setempat telah mula hadir memenuhi ruang legar MANHAL.Solat Isyak berjamaah telah dilakukan sebelum program bermula.Tepat jam 9.00 malam,program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh mahasiswa Qiraat dengan menggunakan bacaan qiraat jamak.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari pengraha program iaitu Ustaz Fakhruddin seterusnya ucapan perasmian majlis oleh Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Ali.Majlis kemudiaannya diteruskan lagi dengan pelancaran kelas Tafaqquh Fiddin yang akan dimulakan setiap hari Selasa malam Rabu,kuliah ini adalah wajib kepada semua pelajar MANHAL manakala terbuka kepada semua penduduk setempat sekiranya ingin turut bersama dalam majlis ilmu tersebut.Kuliah pembukaan telah disampaikan oleh Ustaz Muslim Bin Haji Salleh ang menyentuh  bab ibadah-ibadah yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu.Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan serta sesi bergambar.Insyaallah program seumpama ini akan menjadi program tahunan MANHAL  kerana ianya dapat menyemai benih persaudaraan serta mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama muslim.


Di akhir program,pelajar bersama-sama mendengar ucapan terakhir dari dua orang guru MANHAL yang disayangi iaitu Ustazah Nurulaini dan Ustazah Marshera yang akan menamatkan tugas mereka pada 10HB ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidik dan bersusah payah bersama-sama kami di sini,moga Allah membalas jasa mereka berdua dengan sebaik-baik ganjaran.





8.  pihak MANHAL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penaung MANHAL iaitu HPA INDUSTRIES SDN BHD kerana telah berbesar hati menyumbang Penapis Air Dew Water sebanyak 4 unit untuk kegunaan para pelajar di kawasan pengjian serta di asrama.Begitu juga dengan barangan meja belajar serta kerusi baru untuk kegunaan peperiksaan STAM dan SPM.Mudah-mudahan Allah melipatgandakan lagi keuntungan yang didasari dengan sumbangan kepada pusat pengajian.