Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh

MANHAL HPA Simpang Ampat - Pada 19.10.2010 jam 9.00 malam bertempat di dewan kuliah MANHAL HPA Simpang Ampat P.Pinang telah diadakan Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh.Kuliah ini telahpun dimulakan pada 5.10.2010.Pengajian ini merupakan pengajian mingguan sepanjang semester 2010/2011 dan diwajibkan kepada semua pelajar MANHAL HPA serta terbuka kepada semua staf MANHAL HPA dan penduduk setempat.Pihak MANHAL HPA mengharapkan kehadiran akan semakin bertambah dari masa ke semasa.Mudah-mudahan kita dirahmati Allah S.W.T sepanjang berada di dalam majlis ilmu tersebut. Antara objektif pengajian ini dijalankan adalah untuk menghidupkan kembali pengajian kitab turath di samping membentuk kembali suasana pengajian dalam bentuk talaqqi .

Pengajian Talaqqi ini menggunakan Kitab Ta'lim Al-Muta'allim karangan Syeikh Al-Zarnuji (Klik Untuk Download Kitab) dan kitab Matan Ummul Barahin karangan Syeikh Muhammad Bin Yusuf Al-Sunusi (Klik Untuk Download Kitab) .

Pengajian dimulakan dengan pengenalan mengenai kitab dan Muallif kitab.Pengajian pertama menggunakan kitab Ta'lim Al-Muta'allim membahaskan tentang muqaddimah kitab seterusnya masuk kepada bab mengenal hakikat ilmu,memahaminya dan kelebihannya.Pengajian disambung lagi dengan menggunakan kitab tauhid iaitu Matan Ummul Barahin.Pada pengajian kitab ini, Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh telah member penerangan tentang ilmu tauhid dan pembahagiannya.Pengajian berakhir pada jam 11.00 malam.Pengajian akan bersambung pada minggu hadapan pula.