Dari Ramadhan Hingga Kini
September 2011 -
Majlis Jamuan Aidilfitri Manhal Hpa Di Dewan Manhal
Sebahagian Staf Manhal Sedang Menjamu Selera
Program di Dewan
Pelajar - Pelajar Kolej & Menengah
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun sederhana dan pihak Manhal juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pelajar yang menyumbang kuih raya kali ini. Majlis juga diserikan lagi dengan Ucapan Mudir serta persembahan dari para pelajar.
Oktober 2011 - Minggu Persediaan Teknik Jawab Peperikasaan SPM 2011
Seramai 28 calon dari Manhal yang telah menduduki Peperiksaan SPM tahun ini
Peperiksaan yang bermula 14 November Hingga 13 Disember 2011
Gambar di atas adalah sebahagian Program Taklimat SPM 2011 yang diadakan pada bulan oktober yang lepas. Pihak Manhal Hpa mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya semoga semua calon mendapat keputusan yang cemerlang.
Dalam masa yang sama pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 juga menghadapi
peperiksaan akhir tahun
Dan juga Manhal Hpa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menjayakan taklimat ini hingga saat akhir mereka menduduki peperiksaan.
November 2011 - Pendaftaraan Dan Pengambilan Pelajar Baru Sesi 201
Pada awal November 2011 Manhal juga telah membuka pendaftaran kepada semua calon pelajar baru dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Ujian kelayakan dan temuduga berjaya diadakan pada 10 disember 2011 dan InsyaAllah pada 30 Disember nanti akan diadakan sesi kedua ujian dan temuduga tersebut.