Anugerah Kecemerlangan MANHAL 2011

Pihak MANHAL HPA telah terlibat sama dalam Program mega HPA iaitu Konvek HPA yang telah berlangsung di PICC,Putrajaya dan Hari Anugerah Cemerlang Herbalis & MANHAL HPA yang berlangsung di HPAIC.


Di program KONVEK,MANHAL HPA telah membuka satu tapak pameran kepada semua ahli HPA supaya mudah untuk menyalurkan informasi tentang MANHAL kepada semua ahli HPA.Pada majlis tersebut,satu sejarah telah dicipta apabila MANHAL HPA dan Kolej Universiti Insaniah KUIN telah menandatangani perjanjian kerjasama bagi program Ijazah Sarjana Muda.


Di program Anugerah Cemerlang Herbalis & MANHAL HPA,pihak MANHAL HPA telah menganugerahkan 3 anugerah cemerlang kepada 1 orang guru dan 2 orang pelajar.Penerima anugerah kecemerlangan adalah


1. Ustaz Naeem Bin Haji Hashim ( Tokoh Guru Tahfiz Cemerlang Peringkat Pulau Pinang)
2. Muhd Umar Bin  Abd. Rahim ( Mewakili Malaysia Ke Pertandingan Menghafaz Al-quran Peringkat Antarabangsa Di Mashhad Iran)
3. Mawardi Bin Jamluddin ( Mewakili Pulau Pinang Ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan)

Sekitar Pengajian Di MANHAL Bukit Tambun.

The 3rd Muslim Student Int. Glorius Quran Memorization And Recitation Competiton At Mashhad Iran.


Mohon sama-sama kita doakan mudah-mudahan pelajar Diploma Qiraat di MANHAL HPA dan juga wakil Malaysia  ke Mashhad Iran untuk pertandingan hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa dapat memberikan persembahan yang terbaik dan dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Insyaallah .

Hari Pendaftaran Pelajar & Minggu Mahabbah 2011

Seawal jam 8.30 pagi ibu-bapa telah hadir ke MANHAL HPA Pulau Pinang untuk hari pendaftaran pelajar menengah tahfiz.Pendaftaran telah bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.Setelah tamat sesi pendaftaran program diteruskan lagi dengan Majlis Taklimat & Aku Janji Pelajar sehingga jam 1.00 petang.Waris dan pelajar kemudiannya dibawa ke asrama untuk penempatan pelajar.Program diteruskan lagi mengikut tentaif yang disediakan sehingga 28 Disember 2010.MANHAL HPA mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa dan guru-guru serta semua yang telah terlibat sepanjang hari pendaftaran dan minggu mahabbah 2011.









Lawatan PU HPA ke MANHAL

Seluruh staf MANHAL HPA mengucapkan jutaan terima kasih kepada PU HPA kerana sudi hadir membuat lawatan di MANHAL HPA Simpang Ampat,Pulau Pinang pada tanggal 16.12.2010
Kami juga mengucapkan 
"jazakumullahu khairal jaza' "  
kepada semua pihak yang telah terbabit dalam membangunkan serta memberi sokongan yang tidak putus kepada MANHAL HPA untuk merealisasikan impian Universiti MANHAL HPA suatu hari nanti,Insyaalah.


TAKLIMAT PENGAJIAN TAHFIZ & MAJLIS ORIENTASI

Kepada ibu bapa yang dikasihi,tarikh pendaftaran sebagaimana yang telah dimaklumkan adalah pada hari Ahad 26.12.2010..Berikut adalah tentatif program Majlis Orientasi MANHAL HPA :-





Ibu-bapa juga diminta menyediakan keperluan pelajar mengikut ketetapan MANHAL HPA :-




YURAN PENGAJIAN TAHFIZ/AKADEMIK
PERINGKAT RENDAH & MENENGAH 2011



Bil
Yuran
Amaun
YURAN SEKALIGUS
1
YuranPendaftaran
200.00
2
KadPelajar
10.00
3
Deposit Asrama
50.00
JUMLAH
260.00
YURAN BERULANG (TAHUNAN)
3
YuranPeperiksaan
50.00
4
Yuran Takaful
15.00
5
YuranPelbagai
 -

Perubatan/Kebajikan
50.00

PIBG
-
JUMLAH
115.00
YURAN BERULANG (BULANAN)
1
YuranPengajian
-
2
YuranAsrama
50.00
3
YuranMakan
150.00
4
*Dobi
20.00
JUMLAH
220.00
YURAN SEMASA
1
Jubah, kopiah,serban(Lelaki)
50.00
2
Jubah , Tudung ( Perempuan)
50.00
JUMLAH
50.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 645


*tertaklukkepadapermohonanibubapa



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi pejabat MANHAL HPA 04-5871476

Kelas pengajian Tarannum Al-quran

Setiap hari Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi 
bertempat di Dewan Pengajian Qiraat

kehadiran diwajibkan kepada pelajar dan dialu-alukan kepada penduduk setempat



JAWATAN KOSONG MANHAL

MANHAL   calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

1. Guru Akademik ( 2 Orang )
2. Guru Hafizah Al-Quran ( 1 Orang )
3. Warden Asrama ( 3 Orang lelaki & 3 Orang perempuan)

Sekiranya berminat,anda boleh menghantar resume ke alamat :

Maahad Al-Ihsaniah ( MANHAL )
No 25 Jalan Keruing,
Kawasan Perniagaan Simpang Ampat,
14100 Simpang Ampat SPS,
Pulau Pinang.

Atau fakskan ke no 04-5888476.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat MANHAL HPA di no 04-5871476.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Januari 2013.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

Calon SPM 2010 MANHAL HPA kini sedang menghadapi peperiksaan.

Peperiksaan bermula dari 
23 November 2010
hingga
16 Disember 2010

MANHAL HPA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua calon-calon.

بالتوفيق والنجاح

Makluman Peperiksaan Akhir Tahun dan cuti Akhir Tahun

Makluman kepada ibu-bapa pelajar 
MANHAL HPA Simpang Ampat,Pulau Pinang

Peperiksaan akhir tahun bagi pengajian i'dadi dan tingkatan 4 akan bermula pada 
1HB November 2010 hingga 11HB November 2010

Cuti Hujung Tahun akan bermula pada
13 HB November 2010 hingga 19 HB Disember 2010

Para pelajar wajib hadir ke asrama sebelum jam 6.00 petang

Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh

MANHAL HPA Simpang Ampat - Pada 19.10.2010 jam 9.00 malam bertempat di dewan kuliah MANHAL HPA Simpang Ampat P.Pinang telah diadakan Kuliah Talaqqi Bersama Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh.Kuliah ini telahpun dimulakan pada 5.10.2010.Pengajian ini merupakan pengajian mingguan sepanjang semester 2010/2011 dan diwajibkan kepada semua pelajar MANHAL HPA serta terbuka kepada semua staf MANHAL HPA dan penduduk setempat.Pihak MANHAL HPA mengharapkan kehadiran akan semakin bertambah dari masa ke semasa.Mudah-mudahan kita dirahmati Allah S.W.T sepanjang berada di dalam majlis ilmu tersebut. Antara objektif pengajian ini dijalankan adalah untuk menghidupkan kembali pengajian kitab turath di samping membentuk kembali suasana pengajian dalam bentuk talaqqi .

Pengajian Talaqqi ini menggunakan Kitab Ta'lim Al-Muta'allim karangan Syeikh Al-Zarnuji (Klik Untuk Download Kitab) dan kitab Matan Ummul Barahin karangan Syeikh Muhammad Bin Yusuf Al-Sunusi (Klik Untuk Download Kitab) .

Pengajian dimulakan dengan pengenalan mengenai kitab dan Muallif kitab.Pengajian pertama menggunakan kitab Ta'lim Al-Muta'allim membahaskan tentang muqaddimah kitab seterusnya masuk kepada bab mengenal hakikat ilmu,memahaminya dan kelebihannya.Pengajian disambung lagi dengan menggunakan kitab tauhid iaitu Matan Ummul Barahin.Pada pengajian kitab ini, Al-Fadhil Us. Haji Muslim Bin Haji Salleh telah member penerangan tentang ilmu tauhid dan pembahagiannya.Pengajian berakhir pada jam 11.00 malam.Pengajian akan bersambung pada minggu hadapan pula.

Sekitar Pengajian Kuliah Takhassus Qiraat Semester 1 Sesi 2010/2011

Sekitar Pengajian Kuliah Takhassus Qiraat Semester 1 Sesi 2010/2011

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)


DImaklumkan bahawa

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

sedang berjalan bermula Isnin 18-10-2010 hingga  Rabu 27-10-2010




* Pihak MANHAL HPA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STAM.

بالتوفيق والنجاح 

Aktiviti MANHAL 2010




Insyaallah kami akan mengemaskini aktiviti terbaru buat tatapan anda yang sudi melayari blog kami.

1.  Pada hari raya ketiga aidilfitri,mahasiswa/wi Qiraat MANHAL  telah selamat berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian ke peringkat Takhassus Qiraat di Maahad Al-Azhar,Syoubra,Mesir.Mahasiswa/wi yang berangkat pada tahun ini boleh dikatakan amat beruntung kerana Dekan Pengajian Takhassus Qiraat iaitu Ustaz Haji Naeem Bin Haji Hashim berangkat bersama-sama mereka ke Bumi Anbiya' Mesir.Alhamdulillah Ustaz Haji Naeem dapat bertemu dengan mahasiswa/wi yang satu masa dahulu menadah kitab di hadapannya.Beliau juga berkesempatan bertemu dengan Pensyarah-pensyarah di Maahad Al-Azhar Syoubra,Mesir dan berbincang serta bertukar pendapat untuk menambah baik serta memantapkan lagi pengajian Qiraat di MANHAL 





2.  Mahasiswa/wi MANHAL yang berangkat ke Indonesia untuk menyambung pengajian mereka dalam peringkat Ijazah di IAIN Sumatera Utara,Medan telah berangkat pergi ke sana pada 22/09/2010.Keberangkatan mereka ke lapangan terbang sana diiringi oleh Pengurus MANHAL Ust Jamaluddin Bin Ali dan Ust Ridzuan manakala Ust Rizki iaitu Bekas mahasiswa MANHAL HPA yang kini menuntut di sana akan mengiringi mereka dan membantu pengurusan sepanjang mereka berada di sana.



3.  Sepanjang Syawal ini,MANHAL tidak putus-putus dipanggil untuk bersama -sama memeriahkan majlis rumah terbuka di kawasan sekitar Pulau Pinang dan Perak.Pihak MANHAL  Simpang Ampat mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk setempat yang tidak jemu-jemu menyokong  MANHAL 




4.  Pada 29/09/2010 satu program Khat anjuran bersama MANHAL dan KEMAS Pulau Pinang telah diadakan.Semua pelajar peringkat menengah tahfiz telah menyertai pertandingan tersebut.Juri pada pertandingan tersebut adalah Ustaz Hasrol Hashim hakim Khat peringkat negeri Pulau Pinang serta Ustaz Ridzuan Guru MANHAL sendiri.Pihak MANHAL berharap para pelajar dapat menimba ilmu di sebalik pertandingan yang disertai ini.


5.  Pada 1/10/2010 pihak Kementerian Pengajian Malaysia telah berjaya melaksanakan ujian kaji selidik STAM 2010 kepada calon-calon STAM yang akan menduduki Peperiksaan STAM pada tahun ini.Pihak MANHAL Simpang Ampat mengucapkan jutaan terima kasih kerana Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih MANHAL dalam melaksanakan ujian kaji selidik ini.Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.




6.  Pada waktu pagi 5/10/2010 Pengurus MANHAL telah melawat Pusat Pengajian Tahfiz Al-Munir bertempat di Bukit Pinang,Kepala Batas,Kedah.Tujuan lawatan ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tersebut menyambung pengajian ke peringkat diploma Takhassus Qiraat di MANHAL  seterusnya membuka ruang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Maahad Al-Azhar, Mesir.Kedatangan Ustaz Jamaluddin telah disambut mesra oleh Ustaz Said Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Munir,perbincangan secara ringkas telah diadakan seterusnya Ustaz Said membawa Ustaz Jamaluddin melihat kawasan sekitar pusat pengajian.Insyaallah pihak MANHAL akan membuat lawatan susulan untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kerjasama tersebut.Pihak MANHAL sentiasa berusaha mewujudkan ruang pengajian kepada semua pelajar tanpa ada sikap terlalu ketat dalam pengambilan pelajar,apa yang penting pelajar-pelajar itu sendiri mahu belajar bersungguh-sungguh.



7.   Pada waktu malam 5/10/2010 pihak MANHAL Simpang Ampat P.Pinang telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 bertempat di dewan besar MANHAL ang telah dihadiri seramai 90 orang.Seawal jam 8.00 malam para guru&staf,para pelajar,ibu bapa pelajar serta penduduk setempat telah mula hadir memenuhi ruang legar MANHAL.Solat Isyak berjamaah telah dilakukan sebelum program bermula.Tepat jam 9.00 malam,program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh mahasiswa Qiraat dengan menggunakan bacaan qiraat jamak.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari pengraha program iaitu Ustaz Fakhruddin seterusnya ucapan perasmian majlis oleh Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Ali.Majlis kemudiaannya diteruskan lagi dengan pelancaran kelas Tafaqquh Fiddin yang akan dimulakan setiap hari Selasa malam Rabu,kuliah ini adalah wajib kepada semua pelajar MANHAL manakala terbuka kepada semua penduduk setempat sekiranya ingin turut bersama dalam majlis ilmu tersebut.Kuliah pembukaan telah disampaikan oleh Ustaz Muslim Bin Haji Salleh ang menyentuh  bab ibadah-ibadah yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu.Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan serta sesi bergambar.Insyaallah program seumpama ini akan menjadi program tahunan MANHAL  kerana ianya dapat menyemai benih persaudaraan serta mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama muslim.


Di akhir program,pelajar bersama-sama mendengar ucapan terakhir dari dua orang guru MANHAL yang disayangi iaitu Ustazah Nurulaini dan Ustazah Marshera yang akan menamatkan tugas mereka pada 10HB ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidik dan bersusah payah bersama-sama kami di sini,moga Allah membalas jasa mereka berdua dengan sebaik-baik ganjaran.





8.  pihak MANHAL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penaung MANHAL iaitu HPA INDUSTRIES SDN BHD kerana telah berbesar hati menyumbang Penapis Air Dew Water sebanyak 4 unit untuk kegunaan para pelajar di kawasan pengjian serta di asrama.Begitu juga dengan barangan meja belajar serta kerusi baru untuk kegunaan peperiksaan STAM dan SPM.Mudah-mudahan Allah melipatgandakan lagi keuntungan yang didasari dengan sumbangan kepada pusat pengajian.

Pelajar Manhal ke Azhar

Untuk makluman pembaca blog yang dikasihi sekalian.Pada tarikh 20hb 8 2010,Pengetua MANHAL  telah  berangkat ke Mesir untuk menguruskan proses kemasukan pelajar Takhassus Qiraat ke Maahad Qiraat Al-Azhar Syoubra,Mesir.Beliau akan pulang pada 26hb akan datang.Mari kita doakan mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan beliau sepanjang berada di bumi Anbiya.

Insyaallah pelajar-pelajar Takhassus Qiraat seramai 10 orang akan berangkat ke Mesir samada 14hb atau 17hb dengan diiringi oleh Dekan Takhassus Qiraat sendiri iaitu Ust Hj Naeem Bin Haji Hashim.Diharap para pelajar yang akan ke Mesir telah bersedia dari segi material dan fizikal serta mental.

Pelajar-pelajar yang akan menyambung pengajian ke Institut Agama Islam Ar Raniri IAIN Sumatera Utara,Medan,Indonesia adalah seramai  12 orang dan akan berangkat ke Indonesia seminggu selepas Aidilfitri.

Pihak Manhal  mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan semua pelajar.Mudah-mudahan perjuangan anda dalam mencari ilmu Allah akan diberkati serta diredhai.

Hasil Usaha Pelajarlah yang mengangkat MANHAL HPA Simpang Ampat ke persada negara.Tahniah!!

Muhammad Umar Bin Rahim adalah mahasiswa diploma Takhassus Qiraat MANHAL HPA Simpang Ampat Pulau Pinang.Mari sama-sama kita doakan agar beliau dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.Insyaallah.



Penghargaan dan sokongan dari pihak Jakim atas sumbangan MANHAL HPA 
dalam memartabatkan para huffaz di negara ini.


hebatnya sesebuah institusi pengajian bukan bergantung kepada mewahnya institusi tersebut,tetapi ia bergantung kepada usaha pelajar-pelajar dan mahasiswa/wi nya 
di samping sokongan guru-guru.
Sekiranya mereka cemerlang maka cemerlanglah institusi pengajian tersebut.

Sekiranya anda dari kalangan pelajar MANHAL HPA,
maka berusahalah bersungguh demi agama,bangsa dan negara.

Cuti Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum kepada seluruh warga MANHAL HPA..

Untuk makluman.cuti Hari Raya Aidilfitri bagi menengah tahfiz akan bermula pada


4 hb 9 2010 bersamaan 25 Ramadhan 1431 H
hingga
19 hb 9 2010 bersamaan 10 Syawal 1431 H



Tempoh cuti adalah selama 2 minggu.Diharapkan para pelajar menggunakan waktu cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah serta tidak melupakan Al-Quran sebagai fokus utama dalam pembelajaran mereka.

sekian.

Aktiviti 2010




1. Majlis Ihtifal Sanawi Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pulau Pinang.

MANHAL  turut melibatkan diri dalam program anjuran JAIPP ini iaitu program tilawah Al-Quran dan Pameran sekolah.Program telah berlangsung dengan jayanya di Madrasah Irsyadiah Sg Bakap Pulau Pinang pada 27 Mei 2010.




2. Hari Keluarga MANHAL KE IV telah diadakan selama 3 hari di Sungai Petani.Pelbagai acara menarik telah berlangsung sepanjang program tersebut.Antara program yang menarik adalah pada malam kesenian apabila pelajar-pelajar banin dan banat membuat persembahan nasyid.Diharapkan para pelajar mendapat manfaat dari program ini.





3. Cuti Pertengahan tahun bermula pada 5 Jun hingga 20 Jun 2010.Pelajar diberikan tugasan Al-Quran dan tugasan akademik sepanjang cuti persekolahan dan diminta membuat persediaan kerana sekembalinya mereka ke sekolah,peperiksaan pertengahan tahun akan bermula.


4.Peperiksaan pertengahan bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 12 Jun 2010.


5. Pada bulan Jun 2010 juga Maaha Tahfiz Al-Ansori Ipoh Perak telah datang melawat MANHAL  Simpang Ampat P.Pinang.Seramai 10 orang dari kalangan guru dan pelajar datang melawat untuk mengenali MANHAL  serta mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar seterusnya mengeratkan silaturrahim di kalangan para huffaz. Sebelum ini Sekolah Menengah Agama Islam Ta'yah telah melawat MANHAL  serta mengadakan lawatan sambil belajar ke HPA Indutries SDN BHD.Pada 3 Ogos 2010 Maahad Tahfiz Masjid Al-RidhuanUlu Kelang Selangor telah datang melawat MANHAL.


6. Sebelum bertemu Bulan Ramadhan yang mulia ini,Pihak pentadbiran MANHAL  mengadakan program rehlah ke Air Terjun Ulu Mengkuang Kulim Kedah.Diharapkan para pelajar dapat menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus menghafaz Al-Quran.Pelajar juga dibawa melawat PONDOK TUAN GURU HAJI SALLEH yang terletak berdekatan dengan kawasan yang dituju.

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN

Pihak MANHAL HPA
mengucapkan

Selamat Berpuasa

kepada semua warga MANHAL HPA

Semoga kedatangan bulan yang mulia ini akan menambahkan lagi iman dan amal kita.

رمضان كريم , والله أكرم

Photobucket

Ujian Lisan SPM dan STAM

Alhamdulillah,Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dilaksanakan oleh pihak MANHAL

Berikut adalah tarikh perlaksanaan pentaksiran lisan :-

Bahasa Melayu :1 Julai 2010
Bahasa Inggeris : 12 Julai 2010
Tempat : SMK Jawi

Bahasa Arab Tinggi,Bahasa Arab Komunikasi&P.Al Quran Dan As Sunnah : 19 & 21 Julai 2010
Tempat : Maahad Al-Ihsaniah

Begitu juga dengan Lisan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)juga telah berlangsungnya pentaksiran.

Pihak MANHAL  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan perjalanan pentaksiran lisan ini.