Permulaan ..Awal Bagi Setiap Yang Bersifat Baharu..

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah S.A.W ,kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat2 habibullah tercinta.

kami pihak admin Manhal HPA memulakan kalam dengan lafaz syukur sejuta kesyukuran kehadrat ilahi kerana terhasilnya laman ini,laman khusus untuk
Manhal HPA (Menengah Tahfzi) Simpang Ampat..

Tujuan utama penghasilan blog ini adalah bagi memudahkan para waris pelajar untuk mengetahui perkembangan terbaru & terkini berkaitan pelajar-pelajar di Manhal HPA Simpang Ampat.Mudah-mudahan natijah dari penghasilan laman ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi buat semua pihak.

Insyaalah di masa akan datang,setiap aktiviti Kurikulum & Kokurikulum para pelajar akan dicatit di dalam blog ini.

Jutaan terima kasih kepada HPA Industri SDN BHD selaku penaung Manhal HPA Simpang Ampat kerana telah banyak membantu dalam melancarkan lagi perjalanan pengajian di Manhal HPA ini.