PERTANDINGAN TILAWAH AL-QUR'AN





Tarikh : 28 Mac 2010
Hari : Ahad
Pukul : 2.30-5.00 ptg
Tempat : Pusat Sumber Simpang Ampat


Satu program Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber Simpang Ampat,Parlimen Batu Kawan telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Agama Al-Ihsaniah. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan bercerita bagi sekolah rendah, dan pertandingan tilawah al-Qur'an bagi sekolah menengah.

Sehubungan itu pihak Pusat Sumber Simpang Ampat telah menganjurkan pertandingan tilawah al-Qur'an khusus untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Ihsaniah (MANHAL HPA). Seramai 26 pelajar telah menyertai pertandingan tilawah tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Al-Ihsaniah Qariah Simpang Ampat,turut serta dalam majlis tersebut adalah Ust Jamaluddin Bin Ali Pengetua MANHAL HPA,guru-guru serta ahli jawatankuasa program.


Program ini bertujuan menyemai semangat cinta akan al-Qur'an dalam diri para pelajar, selain itu ia juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar menghafal serta memahami isi kandungan al-Qur'an dan juga melatih pelajar-pelajar untuk berani tampil di hadapan masyarakat umum.

Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan dapat memberi kepuasan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Ihsaniah. Bagi peserta lelaki juara tilawah al-Qur'an disandang oleh Khairul Azri Lim Bin Khalil Idham Lim, naib johan oleh Amirul Azim Bin Jusoh dan tempat ketiga disandang oleh, Mohd Saad Bin Jamauddin. Manakala peserta perempuan, juara disandang oleh Tuhfah Nazihah Bt Md.Tarmidi, naib johan disandang oleh Nur Fathin Fadzliyana dan tempat ketiga disandang oleh Nor Alea Bt. Zaharullail.


Melalui program ini, pihak jawatankuasa akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan semangat cinta akan al-Qur'an, seterusnya membina tekad untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Semoga dengan progaram-program sebegini akan menaikkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan mutu bacaan mereka.


Laporan disediakan oleh :
Nurulaini Binti Jaffar